Thursday, October 10, 2013

kelayakan pinjaman perumahan oleh pinjaman kerajaan


INFO: Kami menerima banyak pertanyaan dari kakitangan awam berkenaan
.Disini kami sertakan screen shot yang diambil dari laman web Bahagian Pinjaman Perumahan,Kementerian Kewangan Malaysia untuk rujukan penjawat awam sekalian.Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat.

RUMAH dan TANAH ( ANTARA KEHENDAK & KEPERLUAN )


ANTARA KEHENDAK & KEPERLUAN Ramai yang mengeluh pada hari ini tentang harga rumah yang melambung tinggi di sesetengah lokasi,dengan mengeluh dan komplen,itu tidak akan menurunkan harga rumah. Kehendak pembeli rumah adalah untuk memiliki rumah kediaman yang terletak di lokasi yang strategik,tanah dan rumah yang luas dan harga yang murah sedangkan itu adalah agak mustahil. Keperluan pembeli rumah pula adalah asalkan mampu memiliki rumah kediaman di tempat yang bersesuaian dengan saiz yang sesuai untuk keluarga dengan kelayakan serta kemampuan kewangan serta paling tidak mempunyai tempat berteduh untuk seisi keluarga Sebagai pembeli rumah,kita haruslah memandang kehadapan,prospek pembangunan pada masa hadapan,jika kita sentiasa komplen,itu tidak akan membantu kita untuk memiliki rumah kediaman di tempat yang kita inginkan pada harga yang kita kehendaki. Lihat dengan skop yang lebih meluas,jika kita mempunyai kemampuan kewangan yang terhad,maka hendaklah kita sesuaikan kehendak kita mengikut keperluan dan kemampuan kita.Pilih lokasi yang kita mampu,pastinya pada masa hadapan harga rumah tersebut akan semakin meningkat dan kawasan sekitar akan bertambah maju. Jangan habiskan masa bertahun-tahun mencari rumah pada harga yang murah sedangkan hakikatnya kita tahu itu mustahil,pada masa yang sama,lokasi yang pada asalnya harga rumah di dalam kemampuan kita harganya semakin meningkat dan pada akhirnya kita sendiri pula tidak mampu. Manfaatkan usia yang muda dan kelebihan tempoh pinjaman yang panjang untuk memiliki rumah pada kadar kemampuan kita. Bak kata pepatah Melayu "Ukur Baju Di Badan Sendiri",Jangan terikut-ikut dengan trend semasa Fikir-fikirkan .......................................................................................... Harga rumah semakin mahal?Dijangkakan 60% golongan muda tidak akan mampu memiliki rumah terutama di Lembah Kelang,Pulau Pinang Dan Johor pada masa hadapan.Selain harga tanah yang semakin mahal melebihi harga pasaran yang diletakkan penjual,faktor birokrasi / redtape dalam mendapatkan kelulusan dan membina projek perumahan antara faktor utama yang boleh dipersalahkan.Jika satu masa nanti anak cucu kita tidak mampu memiliki rumah,siapa yang harus dipersalahkan?kerajaan mesti berbuat sesuatu...

'Holding Cost'


INFO: Antara faktor harga rumah meningkat adalah proses yang lama bagi mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang untuk tanah sebelum proses ubah syarat dan pecah sempadan.Tempoh proses di Negeri Kelantan adalah antara 8 bulan-24 bulan bergantung kepada Pihak Berkuasa Tempatan.
yang ditanggung pemaju selama tempoh kelulusan terpaksa diletakkan diatas pembeli,kami percaya harga rumah akan dapat dikurangkan jika proses kelulusan dipercepatkan dan birokrasi dapat dikurangkan dengan kerjasama agensi kerajaan yang terlibat.

Joint Venture / Usahasama Pembangunan


Antara kaedah yang banyak dilaksanakan bagi membangunkan dan melaksanakan sesuatu projek perumahan adalah melalui Joint Venture diantara pemaju dan tuan tanah. Timbal balasnya adalah pemaju tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk membeli tanah dan tuan tanah akan dapat memaksimakan pulangan dan nilai tanahnya.Pulangan kebiasaannya adalah "in kind" berupa peratus dari unit rumah yang dibina. Adalah penting untuk berhati-hati jika memilih pemaju dan sebolehnya sedaya-upaya bagi tuan tanah untuk memahami perjanjian usahasama untuk tidak tersilap langkah. Jika anda mempunyai tanah yang berpotensi terutamanya di sekitar Kota Bharu,dan berhasrat ingin membina rumah secara usahasama,kami sedia membantu.Seolahnya-olahnya anda akan memiliki rumah secara percuma disamping nilai yang berganda berbanding penjualan tanah semata-mata. Jika anda mempunyai tanah melebihi 1 ekar,dan ingin mengubahsyarat dan memecah sempadan tapi tiada modal,kami juga sedia membantu secara usahasama,kami juga sedia mempertimbangkan jika anda memerlukan wang pendahuluan. Tel/sms/whats app 019 2136502 https://www.facebook.com/pages/Rumah2ucom/529783283700846