Sunday, April 20, 2014

rumah SEMI-D di Taman sri makmur , jerantut pahang untuk di jual


Category: Houses (For sale) Region: Pahang Area: Jerantut Address: TAMAN SRI MAKMUR Postcode: 27000 Heading:
Bedrooms: 4 Size: 3600 sq.ft. Property Type: Semi detached Bathroom: 2 Title type: Freehold Other info: Non Bumi Lot Ad text: Berdekatan dengan sekolah kebangsaan dan sm inderapura Price: RM 2 79 000

Thursday, April 17, 2014

tanah di Kg Tasek Junjung Simpang Ampat Seberang Prai Pulau Pinang untuk DI JUAL


tanah untuk diJUAL di Pulau Pinang, Di jalan tasek Junjung, luas tanah 2.75acre, Flat land, 150 meter dari mainroad, ada access road 8 kaki, firsr Grade ,Freehold, bukan rezab melayu..Harga yg di tawar RM27 per square feet..

kenaikan harga rumah yang sudah tidak masuk AKAL


Bismillah. SAW | Kerajaan pentadbir negara sekarang yang diketuai oleh Dato Seri Najib Razak perlu melakukan TINDAKAN DRASTIK ke atas sistem hartanah negara terutama hartanah kediaman. Dengan kenaikan harga rumah yang sudah tidak masuk AKAL sejak 10 tahun ini, sudah membuatkan individu yang makan gaji sama ada di sektor kerajaan dan swasta akan merempat kerana ketidak mampuan memiliki rumah, terutama rumah di atas tanah. Dengan pendapatan gaji yang sekitar RM 2,000 - 3,000 sebulan untuk graduan bekerja, tidak mampu mereka untuk membeli rumah teres yang dijangka berharga sekurang-kurangnya RM 880,00 pada tahun 2020 nanti, iaitu sekitar 6 tahun dari sekarang. Sistem sedia ada, menambahkan lagi tekanan stres hidup orang yang makan gaji, dan majoriti yang makan gaji adalah dari kalangan Melayu Islam. Jika dahulu tempoh pembiyaan perumahan hanya 20 tahun maksimum, banyak yang mengambil 15 tahun, sekarang, majoriti ambil 35 tahun, iaitu mereka membeli rumah sekitar umur 28 tahun, tambah 35 tahun, umur 63 tahun baru bebanan hutang rumah selesai, itupun sekiranya mereka masih hidup. Selepas ini rakyat perlu ambil tempoh hutang sehingga 60 tahun, iaitu selepas masuk kubur juga masih perlu bayar ansuran, kerana harga rumah yang naik secara tidak terkawal sedangkan gaji naik lebih rendah dari inflasi sebenar di pasaran. Ada kelemahan dalam sistem pentabdiran terutama dalam hal ekonomi rakyat Malaysia, hal ini perlu diperbaiki dengan segera, sebelum tekanan itu sudah ditahap tidak boleh ditanggung. Wallahu A'lam. Shamsuddin Kadir https://www.facebook.com/pages/Malaysia-Shamsuddin-Kadir/169730276439225

Istana Pasteur Regency untuk di jual di bandung , indonesia


rumah untuk di jual di bandung , indonesia Istana Pasteur Regency Residential Building (Apartment / Condo) Gunung Batu, Bandung, West Java 40175 berminat hubungi +6 0192136502

Saturday, April 12, 2014

Harga rumah naik selepas GST, TPPA dilaksana?


Apr 12, 2014 HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR: Hari ini berlangsungnya satu wacana rakyat bertajuk 'Kesan GST dan TPPA terhadap sektor perumahan: Adakah harga rumah akan naik' bagi merungkai sejauh mana perlaksanaan kedua-dua program itu mempengaruhi harga aset rumah. Wacana tersebut diadakan di Auditorium MPAJ, Pandan Indah bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang ini. Ianya dianjurkan Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor dengan kerjasama Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Penganjur Program, Iskandar Abdul Samad yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor berkata, dengan wacana ini diharap menjadi titik tolak kepada kajian seterusnya oleh mana-mana institusi akademik atau bukan kerajaan yang ingin menjadikan sektor perumahan sebagai subjek dalam kajian terhadap GST dan TPPA. "Kajian juga harusnya tertumpu kepada perolehan negara yang pincang. Isu rasuah, ketirisan, kronisme dan pembaziran masih lagi gagal ditangani oleh pihak kerajaan, dan GST bukanlah satu tindakan yang bijak ke atas rakyat untuk menyelesaikan permasalahan tadi," kata beliau. Antara panelis yang terlibat termasuk bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Dr Rosli Yaakop, Pengarah Penyelidikan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Azlan Awang dan juga wakil Persatuan Pemaju dan Hartanah Negeri Selangor (REHDA). Wacana tersebut akan dikendalikan oleh Dekan Fakulti Perniagaan UNISEL Prof Madya Dr Mohd Fuad Salleh, yang bertindak selaku moderator. Objektif utama penganjuran wacana ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna khusus tentang kesan GST dan TPPA secara langsung atau tidak khususnya terhadap sektor perumahan. Contohnya, adakah GST yang baru diluluskan pada 7 April lalu memberi kesan terhadap kos bahan binaan seterusnya memberi implikasi terhadap harga rumah itu sendiri? Antara sudut lain yang perlu dilihat ialah faktor perkembangan ekonomi yang dijana oleh pihak pemaju dan syarikat yang berkaitan yang terlibat dengan hartanah. TPPA masih kabur Begitu juga dengan perjanjian TPPA yang masih kabur dan tidak pernah didedahkan draf perjanjian oleh pihak kerajaan kepada umum. Adakah pasaran rumah dan hartanah dibuka secara bebas kepada negara-negara yang terlibat dengan perjanjian ini dan adakah kawalan pemilikan rumah dilonggarkan dan bagaimana pula dengan nasib pemaju serta pembekal tempatan? Ini yang dbimbangi dan wajar diperhalusi sebelum perjanjian itu dimuktamadkan. Jika ini berlaku, dikhuatiri peluang rakyat untuk memiliki rumah semakin tipis, tambahan pula rakyat makin dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi tidak setimpal dengan kenaikan gaji tahunan serta terpaksa bersaing dengan pasaran buruh asing. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/27097-harga-rumah-naik-selepas-gst-tppa-dilaksana

Rumah taman dato senu untuk di JUAL


Address: TAMAN DATO SENU
Location: Kuala Lumpur - Sentul Postcode: 51000 Price: RM 98 000 Type: Houses, For sale Area: Sentul Title type: Leasehold Tenure: 70 Other info: Non Bumi Lot Size: 650 sq.ft. Bedrooms: 2 Bathroom: 1 Property Type: Single storey cluster double storey taman dato senu sentul kuala lumpur -14x55sf,basis house Near to 7 eleven, workshop, car wash, food stalls, pasar malam, surau and etc. Access to DUKE, Gombak, Sentul and Batu Caves. 9 minute to KL. 10% Deposit => 3% booking + 7% S&P. Khidmat Peguam Dan Bank disediakan dengan perkhidmatan terbaik.

Thursday, April 3, 2014

rumah di country home rawang utk dijual


rumah di country home rawang utk dijual . title freehold, luas tanah 4000sqft (50 X 80') luas binaan 3000sqft, 6 bedroom + 1 store + 3 bathroom, 1 living hall, 1 dining hall , 2 family hall, 6 aircond, kithen with kitchen cabinet with built in stove, hood & oven. Harga, RM1.1m only...tq www.madu3harta.blogspot.com