Thursday, October 10, 2013

kelayakan pinjaman perumahan oleh pinjaman kerajaan


INFO: Kami menerima banyak pertanyaan dari kakitangan awam berkenaan
.Disini kami sertakan screen shot yang diambil dari laman web Bahagian Pinjaman Perumahan,Kementerian Kewangan Malaysia untuk rujukan penjawat awam sekalian.Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat.

RUMAH dan TANAH ( ANTARA KEHENDAK & KEPERLUAN )


ANTARA KEHENDAK & KEPERLUAN Ramai yang mengeluh pada hari ini tentang harga rumah yang melambung tinggi di sesetengah lokasi,dengan mengeluh dan komplen,itu tidak akan menurunkan harga rumah. Kehendak pembeli rumah adalah untuk memiliki rumah kediaman yang terletak di lokasi yang strategik,tanah dan rumah yang luas dan harga yang murah sedangkan itu adalah agak mustahil. Keperluan pembeli rumah pula adalah asalkan mampu memiliki rumah kediaman di tempat yang bersesuaian dengan saiz yang sesuai untuk keluarga dengan kelayakan serta kemampuan kewangan serta paling tidak mempunyai tempat berteduh untuk seisi keluarga Sebagai pembeli rumah,kita haruslah memandang kehadapan,prospek pembangunan pada masa hadapan,jika kita sentiasa komplen,itu tidak akan membantu kita untuk memiliki rumah kediaman di tempat yang kita inginkan pada harga yang kita kehendaki. Lihat dengan skop yang lebih meluas,jika kita mempunyai kemampuan kewangan yang terhad,maka hendaklah kita sesuaikan kehendak kita mengikut keperluan dan kemampuan kita.Pilih lokasi yang kita mampu,pastinya pada masa hadapan harga rumah tersebut akan semakin meningkat dan kawasan sekitar akan bertambah maju. Jangan habiskan masa bertahun-tahun mencari rumah pada harga yang murah sedangkan hakikatnya kita tahu itu mustahil,pada masa yang sama,lokasi yang pada asalnya harga rumah di dalam kemampuan kita harganya semakin meningkat dan pada akhirnya kita sendiri pula tidak mampu. Manfaatkan usia yang muda dan kelebihan tempoh pinjaman yang panjang untuk memiliki rumah pada kadar kemampuan kita. Bak kata pepatah Melayu "Ukur Baju Di Badan Sendiri",Jangan terikut-ikut dengan trend semasa Fikir-fikirkan .......................................................................................... Harga rumah semakin mahal?Dijangkakan 60% golongan muda tidak akan mampu memiliki rumah terutama di Lembah Kelang,Pulau Pinang Dan Johor pada masa hadapan.Selain harga tanah yang semakin mahal melebihi harga pasaran yang diletakkan penjual,faktor birokrasi / redtape dalam mendapatkan kelulusan dan membina projek perumahan antara faktor utama yang boleh dipersalahkan.Jika satu masa nanti anak cucu kita tidak mampu memiliki rumah,siapa yang harus dipersalahkan?kerajaan mesti berbuat sesuatu...

'Holding Cost'


INFO: Antara faktor harga rumah meningkat adalah proses yang lama bagi mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang untuk tanah sebelum proses ubah syarat dan pecah sempadan.Tempoh proses di Negeri Kelantan adalah antara 8 bulan-24 bulan bergantung kepada Pihak Berkuasa Tempatan.
yang ditanggung pemaju selama tempoh kelulusan terpaksa diletakkan diatas pembeli,kami percaya harga rumah akan dapat dikurangkan jika proses kelulusan dipercepatkan dan birokrasi dapat dikurangkan dengan kerjasama agensi kerajaan yang terlibat.

Joint Venture / Usahasama Pembangunan


Antara kaedah yang banyak dilaksanakan bagi membangunkan dan melaksanakan sesuatu projek perumahan adalah melalui Joint Venture diantara pemaju dan tuan tanah. Timbal balasnya adalah pemaju tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk membeli tanah dan tuan tanah akan dapat memaksimakan pulangan dan nilai tanahnya.Pulangan kebiasaannya adalah "in kind" berupa peratus dari unit rumah yang dibina. Adalah penting untuk berhati-hati jika memilih pemaju dan sebolehnya sedaya-upaya bagi tuan tanah untuk memahami perjanjian usahasama untuk tidak tersilap langkah. Jika anda mempunyai tanah yang berpotensi terutamanya di sekitar Kota Bharu,dan berhasrat ingin membina rumah secara usahasama,kami sedia membantu.Seolahnya-olahnya anda akan memiliki rumah secara percuma disamping nilai yang berganda berbanding penjualan tanah semata-mata. Jika anda mempunyai tanah melebihi 1 ekar,dan ingin mengubahsyarat dan memecah sempadan tapi tiada modal,kami juga sedia membantu secara usahasama,kami juga sedia mempertimbangkan jika anda memerlukan wang pendahuluan. Tel/sms/whats app 019 2136502 https://www.facebook.com/pages/Rumah2ucom/529783283700846

Thursday, September 26, 2013

MALAS MENYALAKAN NERAKA DALAM DIRI.......( berubah lah sebelum terlambat )


Parenting Tips 24:
Malas ini satu penyakit besar dalam diri manusia. Ubat malas ini ialah berubah (islah) ataupun mati. Orang malas selalu rugi, itu kata orang tua. Bagaimana mereka boleh rugi dengan kemalasan itu? Malas dan bodoh juga adalah adik beradik kembar. Kemalasan biasanya berpakej dengan kebodohan. Ini kerana malas itu membuatkan seseorang individu itu malas menimba ilmu. Natijahnya ialah mereka akan keciciran dalam mencari ilmu. Secara automatik, mereka tidak berilmu. Dalam bahasa lainnya, BODOH. Penyakit ini sering menimbulkan masalah dalam sesebuah keluarga. Contohnya, di dalam keluarga itu bapa yang yang mempunyai penyakit ini, pasti keluarga itu mempunyai masalah seperti pembelanjaan untuk menyara hidup keluarga, tak mampu membayar hutang kereta, motorsikal, bank dan sebagainya. Keluarga akan menjadi kucar-kacir. Dari sudut pandang seorang ibu pula, sekiranya ibu itu malas, pasti penjagaan anak-anak akan tidak akan menentu, rumah menjadi seperti tempat pengumpulan sampah, makan minum tidak terjaga dan sebagainya. Apa yang mahu kami sampaikan ialah dari konteks anak-anak sebenarnya. Apa perasaan bapa jika anak-anak mereka malas. Contohnya anak itu menjawab 'malaslah bapak', apabila disuruh mencuci kereta oleh bapa? Pastinya bapa akan marah, betul tak? Apa yang harus anda lakukan jika anak anda menjawab begitu? Tegurlah anak itu ON THE SPOT. Apabila tidak ditegur, penyakit malas itu akan merebak di dalam diri anak-anak. Lalu mereka membesar dengan kemalasan itu. Sepatutnya anak itu menjawab “Baiklah bapa, terima kasih kerana memberi tugasan ini”. Biasakanlah anak-anak dengan kerja. Jika dah besar baru ibu bapa nak minta tolong itu dan ini, itu sudah terlambat. Mulakannya dari kecil lagi dan jadikan pertolongan anak-anak itu sebagai satu kerjasama membunuh kemalasan dalam diri mereka. Automatik, otak mereka juga berfungsi. Ada ibubapa yang mengeluh kerana anak ramai lalu terpaksa pula guna khidmat orang gaji. Sebenarnya, kita perlu jadikan anak pertama itu rajin dan membantu. Sekiranya anak pertama sudah pandai membantu, kelak anak kedua pun akan dijaga oleh yang sulong. Begitulah juga anak-anak yang seterusnya. Bayangkan jika kaki tidur yang tidur 16 jam sehari dan hanya berjaga sekadar 8 jam sahaja, mana mungkin mereka mampu menandingi mereka yang hanya tidur 4 jam sehari sahaja. Jumlah masa mata terbuka itulah jumlah masa belajar dan tak mungkin mereka yang celik 8 jam sehari lebih baik dari yang celik hanya 20 jam sehari. Maka, satu lagi pakej baru akan tiba iaitu KEGEMUKAN. Aktifkanlah diri kita kearah mencari ilmu. Dengan cara itu, kita mampu dapat pakej yang lebih menarik iaitu RAJIN + PANDAI + SIHAT. Pasti anda rasa banggakan? Malangnya kebanyakan suka membiarkan anak menjawab sebegitu kerana mereka fikirkan itu ialah satu perkara kecil sahaja. Itulah yang menyebabkan keluarga itu bermasalah. Jika ibubapa tidak mencantas masalah ini dari awal, anak itu akan membawa sikap ini sampai ke besar. Akhirnya Ibu bapa pula yang mengambil tugas anak seperti menyusun selipar, membasuh pinggan, mengemas tempat tidur anak dan sebagainya. Perkara ini sering terjadi dan ini sungguh tidak fitrah di sisi Allah, tetapi menjadi lumrah dalam keluarga dewasa ini. Fitrah anak yang malas biasanya secara automatik akan juga bersikap tamak dan kedekut. Ini antara sebab berlaku anak pukul bapa, anak langgar ibubapa, saman ibubapa bila kehendaknya tidak dipenuhi. Kesimpulannya, penyakit MALAS ini harus dicantas dari awal lagi. Jangan sekali kali bersungut jika anak MALAS, kerana mereka jadi malas disebabkan ibubapa yang mendidik mereka jadi begitu. Samada ibubapa sendiri malas, atau malas menegur dan mendidik anak untuk jadi rajin. Pokoknya tetap MALAS. Cuba anda bayangkan bertapa indahnya kehidupan di dalam keluarga apabila penyakit ini tiada pada semua ahli keluarga kita. InsyaAllah, hidup aman sentosa, tolong menolong dengan penuh kasih sayang. Ingat MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT. Cetusan zamzam ANAK PRIHATIN +++++++++ p/s ++++++++++ KOMENTAR ADMIN Ini Anak tingkatan 1. Alhamdulillah dapat 5A dalam UPSR beliau yang juga merupakan seorang individu yang baru keluar dari penyakit malas. Sebelum ini saiz badan beliau pun agak gempal berbanding sekarang disebabkan oleh pakej kerajinan yang beliau tukar dari pakej malas. Dari pemerhatian kami bapa-bapa sendiri melihat bahawa banyak masalah anak pada zaman ini ialah terlalu dimanjakan. Kasut dan baju pun masih ibu sendiri basuhkan. Sampai anak dara dah berumahtangga pun masih ada masalah tak pandai nak seterika baju sendiri. Ada kes kami berhempas pulas membetulkan anak yatim yang telah terlalu dimanjakan keluarga asalnya sejak sebelum menjadi yatim lagi. Kakaknya yang tingkatan 6 atas pun masih tidak pandai memasak dan membasuh, walaupun seluar dalam sendiri. semuanya kerana Dah biasa sangat dimanjakan oleh ibu bapa. Anak jadi manja dan menjadi kurang kreatif. Perhatikan sekeliling anda jika perasan, ramai tokoh-tokoh hebat yang berjaya kerana idea yang menakjubkan datang dari kehidupan awal yang mencabar. Kerajinan itu datang dengan pakej untuk juga menjadikan anak itu pandai. Apapun, Bukan semua kerajinan itu positif. Bila kerajinan yang positif gagal ditanamkan, maka anak akan mencipta kerajinan yang negetif , iaitu “rajin buat masalah”, sebab malas berusaha. Yang kita mahukan kerajinan yang positif, iaitu ke arah ilmu dan iman. Dan itulah yang akan menjadikan mereka ini manusia yang berguna dan mewujudkan suasana syurga dalam rumahtangga ibu bapa mereka juga rumahtangga yang bakal mereka bina nanti. Di Prihatin, kami tidak kaya harta tetapi kami berhabis untuk menyediakan sarana ilmu 24 jam sehari. Halwa telinga, tontonan, nyanyian, bacaan dan macam-macam lagi telah kami siapkan agar anak-anak kami rajin menimbanya. Jahil adalah satu perkara biasa bagi manusia. Tapi Bodoh adalah satu GEJALA yang jauh lebih teruk dari jahil. Orang yang Jahil tapi malas menimba ilmu sehingga sanggup mati seperti itik mati kehausan di kolam, itu dipanggil BODOH. Orang bermasalah yang tidak mahu menggunakan kaedah penyelesaian yang diberikan kerana malas berusaha juga BODOH. Lapar yang sangat tapi tidak mahu makan sajian yang diberikan juga BODOH. Orang sakit nak mati tapi tak mau makan ubat juga BODOH. Inilah golongan orang yang ZALIM. Surah 33. Al Ahzab 72. “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil (BODOH)”, Itulah fitrah manusia yang Allah jadikan sejak azali. Kita menzalimi diri sekian lama kerana menjadi khalifah Allah mengemudi keluarga dengan KEJAHILAN sedangkan ilmu telah Allah hidangkan dalam kitab dan sunnah nabiNya. Akhirnya kita ramai ramai MENZALIMI ahli keluarga. Namun Allah juga beri kita ilmu dan suruh kita berusaha membetulkannya mengikut aturcara yang telah Allah hidayahkan. NAMPAK JELASKAN KAITAN ANTARA MALAS + JAHIL + BODOH + MATI + ZALIM? Kami semua dahulu pun kaum yang jahil dan zalim juga kerana sangat malas untuk membaca surat cinta Allah itu walaupun se ayat sehati. Syukur kini telah pelan pelan berubah. Alhamdulillahi Robbil alaamiin.

TANAH DI JAYA SETIA B.BERJUNTAI UNTUK DI JUAL


(4 photos) Store: irsyad sidi E-mail: irsyadsidi@gmail.com Phone number : 019 213 6502 / 019 207 4779 Category: Land (For sale) Region: Selangor Area: Batang Berjuntai Address: batang berjuntai Postcode: 47830 Heading: Tanah jaya setia , batang berjuntai Size: 4 Acres Property Type: Agricultural Title type: Freehold Other info: Bumi Lot Ad text: tanah ini boleh di tukar kepada tanah pembangunan , boleh buat rumah 74 buah rumah semi d dan tanah seluas 2275 seunit ( anggaran kasar ) * bagus untuk pelaburan dan kawasan sedang pesat pembangunan dan pembesaran jalan raya , dekat highway LATAR dan KL / SELANGOR / PERAK / PENANG seluas 160000 kaki persegi di Kampung Jaya Setia , Ijok , Kuala Selangor Kawasan tanah tu lebih kurang dalam 3 kilometer dari pekan Bistari Jaya (Batang Berjuntai) dan lebih kurang 15 kilometer dari UNISEL Kuala Selangor * sekarang ini ada tanaman sawit harga boleh dirunding . : RM 1.6 JUTA

Wednesday, September 11, 2013

PANDUAN PINJAMAN > PENYELESAIAN PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN


A. Tamat Tempoh Ansuran Bayaran Balik Potongan Gaji /Pencen bagi ansuran bayaran balik pinjaman dilakukan mengikut Arahan Potongan Gaji / Arahan Potongan Pencen dan tiada tunggakan. B. Bayaran Sekaligus Tujuan: Menjual harta kepada pihak yang mendapatkan pembiayaan bank / institusi kewangan lain. Menjual harta kepada pihak yang mendapatkan pembiayaan perumahan Perbendaharaan (Kontra). Meyelesaikan pinjaman dengan sumber kewangan sendiri. A PENYELESAIAN TAMAT TEMPOH PINJAMAN Bil Aktiviti Urusan Dokumen Tempoh 1 Penyemakan lejer akaun pinjaman bagi pemberhentian potongan (3 bulan sebelum potongan berakhir) Pengesahan penyelesaian pinjaman (2 bulan selepas potongan terakhir) Seksyen Akaun Surat Arahan Pemerhentian Potongan Gaji / Pencen 3 minggu = 15 hari bekerja 2 Penyediaan dokumen urusan pelepasan hakmilik Seksyen Cagaran (Unit Geran) Dokumen hakmilik, Borang 16N, Suratan hakmilik, Dokumen Reassignment & Release 2 minggu 2 Permohonan untuk dapatkan dokumen hakmilik dari Ketua Pengarah Tanah & Galian (KPTG) (bagi kes hakmilik disimpan di KPTG dan kesemua kes Sabah & Serawak) Seksyen Cagaran (Unit Geran) Surat permohonan kepada KPTG 2 minggu Penerimaan dokumen surat hakmilik dari KPTG Dokumen hakmilik Borang gadaian beserta Borang 16N 1 – 3 Bulan Penyerahan hakmilik kepada peminjam / peguam Dokumen hakmilik 2 minggu B PENYELESAIAN SECARA SELESAI HUTANG Bil Aktiviti Urusan Dokumen Tempoh 1 Memohon Penyata Baki Hutang Seksyen Akaun (Unit PP) Penyata Baki Hutang/Penyata Baki Hutang dan Akujanji Melepaskan Gadaian/Perjanjian Pinjaman dan Penyerahan Hak Semula 3 minggu = 15 hari bekerja 2 Memohon kelulusan menjual harta Seksyen Cagaran (Unit Geran) Surat kelulusan jual harta 2 minggu 3 Bayaran selesai hutang:- a) Melalui Deraf Bank/Kiriman Wang/Kiriman Pos/Cek - Bayar kepada: BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN atau; b) Bayaran Online melalui www.malaysia.gov.my Pengesahan selesai hutang Seksyen Akaun (Unit TB) Seksyen Akaun (Unit SP) Resit Surat Arahan Pemerhentian Potongan Gaji/Pencen, Surat Pengesahan Selesai Hutang 3 minggu = 15 hari bekerja 4 Penyediaan dokumen urusan pelepasan hakmilik Seksyen Cagaran (Unit Geran) Dokumen Hakmilik, Borang 16N, Suratan hakmilik, Dokumen Reassignment 2 minggu 5 Permohonan untuk dapatkan dokumen hakmilik dari KPTG ( bagi kes hakmilik disimpan di KPTG dan kesemua kes Sabah dan Sarawak ) Seksyen Cagaran (Unit Geran) Surat permohonan kepada KPTG 2 minggu 6 Penerimaan dokumen hakmilik dari KPTG Seksyen Cagaran (Unit Geran) Dokumen hakmilik 2 minggu Penyerahan hakmilik kepada peminjam / peguam Seksyen Cagaran (Unit Geran) Dokumen hakmilik 2 minggu KAEDAH DAN FAEDAH PENYELESAIAN AWAL PINJAMAN Kaedah penyelesaian awal pinjaman Peminjam boleh memendekkan tempoh bayaran balik atau menyelesaikan baki pinjaman lebih awal melalui cara-cara berikut:- ( i ) bayaran selesai hutang atau sebahagian hutang; ( ii ) menambah amaun ansuran bulanan melalui potongan gaji/pencen; dan ( iii ) membayar sendiri samada melalui Wang Pos/Kiriman Pos di samping Potongan Gaji/Potongan Pencen Bulanan. Peminjam yang bercadang untuk memendekkan tempoh bayaran balik melalui kaedah (ii) di atas perlu mengemukakan surat yang menyatakan keupayaan maksima bagi membolehkan BPP mengeluarkan pindaan Arahan Potongan Gaji (APG) kepada majikan/ jabatan atau Arahan Potongan Pencen (APP) kepada JPA/JHEV. BPP tidak akan melayan sebarang perubahan bagi mengurangkan potongan yang telah dipinda kecuali sekiranya peminjam ingin menambah lagi potongan tersebut. Bagi bayaran sebahagian hutang yang sama atau melebihi ansuran enam (6) bulan, peminjam boleh memohon untuk mengurangkan amaun ansuran bulanan bagi baki pinjaman yang selebihnya. Bagi penyelesaian penuh (sekaligus), peminjam hendaklah terlebih dahulu memohon penyata baki hutang pinjaman untuk tujuan penyelesaian penuh secara rasmi melalui surat/fax/email daripada Seksyen Akaun (Unit Penyelengaraan Pinjaman).Surat permohonan hendaklah menyatakan perkara berikut : ( i ) Nama peminjam, ( ii ) No akaun/no fail, ( iii ) Cara penyelesaian (wang simpanan / pengeluaran caruman KWSP) ( iv ) Cawangan dan alamat KWSP (jika melibatkan pengeluaran caruman KWSP) Sekiranya penyelesaian penuh (sekaligus) melibatkan penjualan / mencagar semula harta kepada pihak ketiga, permohonan penjualan harta perlu dikemukakan dengan menyatakan perkara berikut: ( i ) Nama peminjam, ( ii ) No akaun / no fail, ( iii ) Nama dan alamat peguam, ( iv ) Nama dan alamat bank (sekiranya melibatkan penyelesaian oleh bank). Faedah Penyelesaian Awal Pinjaman/ Memendekkan Tempoh Bayaran Balik Faedah menjelaskan hutang dengan lebih awal atau membayar ansuran bulanan atas kadar melebihi APG/APP adalah seperti berikut:- i) Jumlah faedah keseluruhan yang perlu dibayar akan menjadi kurang berbanding dengan jumlah faedah asal dan ii) mendapat pulangan lebihan daripada syarikat insurans dalam bentuk "Cash Surrender Value" ke atas polisi insuran MRTA bagi tempoh perlindungan yang tidak digunakan. Sebarang pertanyaan sila hubungi : Helpdesk Seksyen Akaun - 03-88802066/2067 Helpdesk Unit PP (penyata baki hutang) - 03 8880 2481 (bayaran untuk sebahagian hutang) - 03 8880 2684 Helpdesk Unit SP (pengesahan selesai hutang) - 03 8880 2934 Helpdesk Unit PB (menambah amaun potongan gaji/pencen) - 03 8880 2655 Helpdesk Unit TB (Pengeluaran Resit - 03 8880 2397 Helpdesk Unit PPH (kebenaran penjualan harta) - 03 8880 2062 Tarikh Dikemaskini ( Isnin, 25 Februari 2013 08:54 ) http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php?option=com_content&view=article&id=52&Itemid=143&lang=ms

Flat blok G , Bandar Bukit Mahkota Bangi hendak DI JUAL


Flat blok G , Bandar Bukit Mahkota Bangi hendak DI JUAL Address: Bandar Bukit Mahkota, Bangi Location: Selangor - Bangi Postcode: 43000 Price: RM 65 000 Type: Apartments, For sale Area: Bangi Title type: Freehold Other info: Non Bumi Lot Size: 650 sq.ft. Size: 650 sq.ft. Bedrooms: 3 Bathroom: 2 Property Type:Apartment/ Flat Facilities: Mini market Flat Bandar Bukit Mahkota Bangi for sale - rm65k ( nego ) call 019 2136502 / 019 2074779 Freehold - Non Bumi Lot - Berhampiran dengan sekolah dan masjid - Berdekatan dengan pasar malam dan kedai - Ada kemudahan bas mini daripada Komuter Bangi-Bukit Mahkota-Nilai 3 - Komuter Nilai call 019 2136502 / 019 2074779

Sunday, September 8, 2013

Harga Rumah Naik 10% (RM15,000). Kos Bahan Binaan Melonjak Selepas Minyak Naik 20 Sen!


Harga Rumah Naik 10% (RM15,000). Kos Bahan Binaan Melonjak Selepas Minyak Naik 20 Sen! Harga Rumah naik
Harga rumah naik 10 peratus : Kenaikan harga minyak tidak boleh dibuat main. Sifat rantaiannya cukup pantas bertindak balas. Dengan hanya pengumuman minyak 20 sen sahaja. Tindak balasnya cukup hebat. Samada rakyat Malaysia terutamanya golongan berpendapatan rendah dan serdahana, satu demi satu kenaikan harga barang dan terbaru harga rumah diumumkan naik 10%…. Faktor Harga Rumah Naik 10%? Peningkatan harga minyak 20 sen Kos bahan binaan meningkat Kekurangan jumlah tenaga kerja asing Kontraktor & pemaju tidak mahu mengurangkan margin keutnungan mereka antara 70% – 100% yang mana akhirnya diletakkan beban kepada anda, anda semua di sini yang merupakan bakal pelanggan mereka Kenaikan Harga Rumah Sumber : The Star Hakikatnya, pengumuman harga minyak naik sehingga 20 sen telah menyebabkan rangkaian bekalan melibatkan lebih 100 jenis perniagaan terjejas. Pemaju akan menaikkan sekurang-kurangnya harga rumah sebanyak 10%. Harga minyak naik 20 sen Harga rumah naik sekitar RM15,000 dan ke atas Bermakna di sini nilai kenaikannya berkemungkinan boleh lebih daripada angka tersebut. Tiada yang mustahil. Apabila sudah naik harga barang dan harga rumah, adakah rakyat Malaysia berpeluang melihat nilainya jatuh? Sangat mustahil….. Bermakna, jikalau harga rumah sekitar RM150,000 sebuah melibatkan teres setingkat contoh di beberapa bandar terpilih pada asalnya, bakal menjadikan harga rumah kepada RM165,000. Nampak impaknya? Bagaimana pula harga rumah di bandar-bandar besar? Jikalau harga rumah RM300,000, ia bakal menjadi RM330,000. RM30,000 adalah berdasarkan nilai kenaikan harga rumah 10% yang diumumkan. Itu belum termausk lagi harga rumah melibatkan nilai RM400,000, RM500,000, RM700,000. Berapa pula kenaikannya? Ini semua adalah impak NILAI sebenarnya dek kerana pengumuman harga minyak 20 sen baru-baru ini Bagi Berita Semasa, ini merupakan antara berita paling sedih dan ememritkan kepada kalangan rakyat Malaysia yang terus berkira-kira untuk memiliki rumah idaman sendiri. - berita semasa

rumah untuk dijual : 13, Jalan TIB 2/14. Taman industri Bolton, 68109 Batu Caves. Sel


ALHAMDULILLAH....baru selesai gi rickie rumah kawan yang mintak MADU3 tolong jualkan...( rumah tengah dan ada staff TNB itulah rumah yang nak dijual ) rumah untuk dijual : 13, Jalan TIB 2/14. Taman industri Bolton, 68109 Batu Caves. Sel harga : RM 330K ( pakej percuma SNP LAWYER ) 3 bilik 2 bilik air , dekat surau dan taman permainan . ada penyewa www.madu3harta.blogspot.com

Wednesday, September 4, 2013

Kenaikan Harga Rumah! di MALAYSIA....


Harga Rumah Terus Naik 2013 : Gaji Rakyat Malaysia Naik Lebih Cepat VS Kenaikan Harga Rumah! Benarkah?
BY STAFF BERITA SEMASA ON MARCH 11, 2013 Perumahan Murah di Kuala Lumpur Ada orang kata Kuala Lumpur adalah kota kemewahan & simbol kemajuan negara. Benarkah? Ratusan bangunan terus didirkan dan dibangunkan serta dilihat menjadi suatu monumen kepada kepesatan ekonomi negara serta tempat berteduh setiap keluarga yang berlindung di bawah nama bandaraya besar seperti Kuala Lumpur. Tetapi persoalannya sekarang ini, bolehkah dan mampukah mereka berlindung di rumah sendiri? Iklan Rumah Murah di Kuala Lumpur Berapa besar ruang rumah & kediaman yang boleh dimiliki? Keduanya, ceruk kawasan manakah rakyat Malaysia boleh memilikinya di bandaraya besar Kuala Lumur untuk berteduh? Di lokasi “jin bertendangkah”? Di tempat yang ja…….uuhhh daripada tempat kerja? Isu Rumah Mampu Milik di Kawasan Bandar : Harapan Besar Rakyat Malaysia! Beli Rumah Murah Sekarang ini 70% daripada populasi di Malaysia tinggal di kawasan bandar. Hakikatnya : Rumah & kediaman telah menjadi komiditi Peluang pelaburan dikalangan pemain hartanah Keuntunganya diri sendiri sehingga mengenepikan peluang rakyat Malaysia memiliki rumah pertama untuk mereka pada harga yang berpatutan. Nah….inilah yang dinamakan suatu krisis yang terus membelengu kalangan rakyat Malaysia Hakikatnya dalam tempoh 40 tahun, kapitalis seperti REDHA telah pun membina 4.5 juta rumah. Cari Rumah Murah Sejarah Lonjakan Harga Rumah di Malaysia? Sebelum itu, kita merujuk semula bagaimana berlakunya ledakan hraga rumah yang berlaku sekarang ini. Realitinya, masalah harga rumah mula melonjak sejak 4 tahun kebelakangan ini : Tahun 60an : Jikalau ada kalangan veteran, pasti masih ingat sekitar tahun 60an di mana pinjaman rumah yang dibenarkah adalah 60%. Bukan seperti 90% yang dinikmati kalangan generasi muda sekarang. Dahulu bayar muka tinggi, 40%. Tahun 70an : Margin pinjaman telah dinaikkan kepada 70% Tahun 80an : Terus dinaikkan kepada 80% Mulai tahun 2000 : Margin pinjaman rumah naik kepada 90% Terkini : Margin pinjaman perumahan 95% dan 100% diberikan kepada peminjam sudah menjadi perkara biasa Pinjaman BANK PemajuYa….bibit-bibit lonjakan begitu mendadak mula kelihatan apabila margin pinjaman rumah naik & dipermudahkan, generasi muda (20an – 30an) yang merangkumi 30% daripada jumlah penduduk di Malaysia sejumlah 28 juta (sekitar 8 juta) mula berlumba-lumba beli memiliki rumah sendiri Bayangkanlah kumpulan 8 juta yang secara tiba-tiba “meletup” dan membantu pasaran hartanah Akhirnya siapa yang tersenyum, sudah tentulah kapitalis seperti REDHA yang akan tersenyum lebar melihat situasi dan masalah sebegini yang akan terus memberikan keuntungan besar buat mereka. “Permintaan naik, bekalan tidak cukup, harga rumah semestinya akan meningkat” Inilah yang dinamakan hukum ekonomi. Apabila harga rumah mula melonjak, pemaju mula memasang impian untuk mendapatkan keuntungan yang lebih besar. Apabila kapitalis seperti REDHA mula tamak inilah jadinya : Permintaan rumah untuk golongan rendah dan pertengahan : REDHA kurang mengambil perhatian (untung kurang besar) Permintaan rumah untuk golongan kaya : REHDA cukup sayang golongan seperti ini (semestinya margin keuntungan untuk mereka lebih besar) Akhirnya apa yang terjadi? Siapa yang menjadi mangsa? Jual Rumah Teres Apabila rakyat Malaysia ramai merungut harga rumah mahal/melonjak terlalu cepat, apa yang dikatakan oelah pemain hartanah seperti di bawah ini? Mereka tidak sedikit pun merasakan harga rumah di Malaysia sangat mahal. Contohnya : Gaji VS Rumah di Malaysia Terence Wong (CIMB Head of Research) mengatakan pendapatan dan gaji dikalangan rakyat Malaysia naik sangat tinggi Kadar cagaran sudah sudah mula turun separuh Kemampuan pembeli rumah naik 2 kali ganda, di mana mereka merasakan anda, anda dan anda semua sepatutnya juga mampu membeli rumah 2 kali ganda harganya Gaji rakyat malaysia telah melonjak lebih cepat daripada lonjakan atau kenaikan harga rumah REDHA Malaysia Maknanya bagi mereka memang tiada masalah melibatkan harga rumah di Malaysia? Di manakah kebenarannya? Apakah pihak yang bertanggungjawab dan menyebabkan kenaikan harga rumah di Malaysia? Adakah pemaju? Pihak bank? Ataupun pihak kerajaan Malaysia? Ataupun rakyat Malaysia? Faktor Kenaikan Harga Rumah P/S : Apa pilihan anda? Apa pendapat anda pula? Mohon kongsikan bersama kami di sini dan bagaimana untuk mengatasinya?

Harga rumah mungkin RM1 juta


Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan, Rumahku pun tiada adapun bapa punya, Apa lagi belanja mau bayar berian, Kahwin sama kamu...
Mungkin situasi yang disampaikan di dalam bait lirik lagu Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat itu turut dialami sendiri oleh kebanyakan rakyat di negara ini terutamanya generasi muda dan golongan kelas pertengahan yang menghadapi kesukaran untuk memiliki kediaman sendiri disebabkan harga rumah yang melambung tinggi. Memiliki kediaman sendiri sememangnya menjadi impian setiap insan apatah lagi sudah mempunyai keluarga sendiri. Namun, hakikatnya harga rumah terutamanya di negeri Selangor dianggap menakutkan dan ‘tidak masuk akal’ jika dibandingkan dengan purata pendapatan isi rumah majoriti rakyat Malaysia. Malangnya, tidak kira apa jenis sekalipun sama ada flat, teres, apartmen dan kondominium melambung tinggi bukan hanya di kawasan bandar yang pesat membangun bahkan di pinggir-pinggir bandar di Selangor seperti Kajang, Bangi, Sungai Buloh, Rawang dan Klang menunjukkan trend yang sama. Tidak kira samada rumah tersebut adalah rumah baru atau penjualan rumah ‘second hand’ atau rumah sekunder, harga keperluan asas tersebut semakin naik kira-kira 20-30 peratus setahun dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Melihat pasaran sekarang, rata-rata harga rumah yang dijual melalui projek perumahan baru dengan reka bentuk “high –end” dengan keluasan 24 x 70 kaki persegi dijual pada harga RM400,000 ke atas, harga yang ditawarkan tidak banyak beza antara satu pemaju dengan pemaju yang lain. Di kawasan pinggir bandar, Klang contohnya rumah teres dua tingkat baru yang kebanyakan pemaju lebih gemar menjual rumah dengan reka bentuk moden terkini boleh mencecah RM600,000 ke atas. Jika ada rumah teres dua tingkat sekunder pun kini harganya dalam lingkungan RM300,000 ke atas, itu pun mengambil kira faktor lokasi, keadaan rumah dan keadaan persekitaran. Pilihan untuk keselesaan golongan pertengahan terletak pada jenis rumah teres setingkat, bagaimanapun tidak banyak pemaju yang membina rumah jenis tersebut. Mungkin pada pandangan mereka adalah lebih berbaloi pada tanah yang sama dibina rumah teres dua tingkat pada harga pasaran sekarang. Persoalannya, tawaran harga rumah yang semakin melambung tinggi dari hari ke hari sekarang ini adakah ia memenuhi keperluan majoriti rakyat di negeri Selangor ini iaitu golongan pertengahan?. Dengan harga yang begitu tinggi, ia bukan lagi merupakan rumah mampu milik khususnya bagi warga rakyat yang berpendapatan sederhana iaitu purata jumlah isi rumah RM6,000 sebulan. Rumah jenis apartmen atau kondominium juga tidak kurang hebatnya dan boleh dikatakan agak serupa sahaja harga melambung tinggi walhal ianya tidak melibatkan tanah yang banyak. Golongan pertengahan terutama golongan muda yang baru berumah tangga menyasarkan memiliki rumah yang berharga dalam lingkungan RM200,000 ke bawah. Namun, masih adakah rumah dengan harga pasaran RM200,000 kini terutamanya di pinggir bandar di Selangor?. Dengan keadaan peningkatan harga rumah yang tidak selari dengan peningkatan pendapatan rakyat ditambah pula nilai wang semakin mencengkam, adakah layak rakyat berpendapatan sederhana memiliki rumah dengan harga pasaran sekarang yang ditambah dengan komitmen lain seperti bayaran bulanan kenderaan dan lain-lain?. Cecah harga RM1 juta Sebuah media tempatan sebelum ini melaporkan rumah teres dijangka mencecah harga RM800,000 seunit menjelang tahun 2020 berdasarkan unjuran kenaikan purata harga sebanyak tujuh peratus setahun oleh syarikat perunding hartanah CH William Talhar & Wong Sdn Bhd (WTW) selepas mengambil kira harga purata terbaru rumah teres di Selangor iaitu RM480,000 sebuah. Media tersebut turut melaporkan Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (Macfea), Profesor Dr. Jariah Masud meramalkan harga rumah teres di Lembah Klang bakal mencecah RM1 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang. Pengarah Urusan WTW, Sr. Foo Gee Jen memberitahu, harga rumah teres di pinggir bandar bakal menjadi lebih kompetitif berikutan kenaikan harga rumah di pusat bandar Kuala Lumpur. Katanya, untuk memiliki sebuah rumah teres pada tahun 2020 sekurang-kurangnya sebuah isi rumah perlu mempunyai pendapatan sebanyak RM12,000 sebulan. Jika perkara itu benar, Selangor sebagai yang berada dalam lingkungan Lembah Klang pastinya menerima kesan kenaikan mendadak harga rumah. Dalam isu ini, nampaknya golongan yang semakin tersepit dan terhimpit adalah golongan berpendapatan sederhana dan pertengahan. Ini kerana, bagi golongan berpendapatan rendah, mereka dibela dengan penyediaan rumah mampu milik kerajaan negeri dan PPR/PPA. Dilemanya kini ditanggung oleh golongan pertengahan, golongan berpendapatan RM6,000 ke bawah jika harga rumah semakin naik mendadak saban hari. Kerajaan Pusat turut merancang strategi holistik untuk menangani isu harga rumah tinggi dengan mengumumkan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia, namun program ini masih belum cukup untuk menangani isu ini secara menyeluruh. Persoalannya, apakah punca peningkatan harga rumah yang semakin mendadak di Selangor sehingga ia membebankan sekali gus menguburkan impian majoriti rakyat di negeri ini untuk memiliki rumah. Apakah langkah yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk menangani isu ini agar harga rumah yang ditawarkan selari dengan pendapatan majoriti rakyat?. Adakah skim rumah mampu milik yang disediakan kerajaan negeri mencapai matlamat?. Jika kenaikan harga rumah disebabkan kos pembinaan seperti pasir yang meningkat, apakah langkah kerajaan negeri untuk membantu. Adakah rumah mampu milik yang disediakan Kerajaan Negeri mampu menampung kira-kira 5.2 juta penduduk Selangor yang mana kira-kira 1. 56 juta penduduk adalah miskin dan 1.36 juta penduduk adalah miskin bandar sebagaimana data yang dikeluarkan oleh Paras Garis Kemiskinan Selangor terdahulu. Apakah strategi holistik pihak kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk mengawal kenaikan harga rumah?. Wajarkah menjadikan harga barangan binaan sebagai harga kawalan? Bagaimana pula dengan kawalan harga tanah oleh pihak kerajaan negeri agar ia tidak dimanipulasi menyebabkan kenaikan tidak masuk akal rumah yang dibina?. Semua ini perlu diselesaikan oleh pemimpin yang dipilih rakyat agar majoriti rakyat di negeri ini khasnya dapat menikmati kehidupan selesa, bukannya menumpang di negeri sendiri. - SH Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=71152:harga-rumah-mungkin-rm1-juta&Itemid=2#ixzz2dyZnZgk0 Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

New homes to cost 10% more ( Rumah baru kos 10% lebih )


Fuel price rise and crackdown on illegals affecting construction sector BY MARTIN CARVALHO MART3@THESTAR.COM.MY
PETALING JAYA: People looking to own a house any time soon will have to pay at least 10% more for their dream home, according to developers. They said the increase was due to the double whammy that has hit the construction industry – higher costs of building materials resulting from the 20 sen rise in the price of RON95 petrol and diesel and absenteeism among foreign workers because of the nationwide crackdown on illegal immigrants. Real Estate and Housing Developers Association of Malaysia president Datuk Seri Michael Yam Kong Choy said the failure of foreigners to turn up for work was causing delays, thus adding to costs which contractors were certain to push to consumers. He added: “The raids on construction sites have frightened even legitimate migrant workers who are staying away. “This also happened in past raids, Legitimate migrant workers simply did not turn up for work or delayed their return from their country until the storm blew over. “Because of the shrinking supply of workers, developers have to pay more for labour to meet contractual deadlines, failing which they will be penalised.” Developers are bound by the Sales and Purchase Agreement and will have to pay compensation to buyers for late delivery, Yam said, adding that contracts in the private sector were awarded with no provisions for price adjustments. While acknowledging the need to flush out illegal immigrants, he said any reduction in the number of workers would hurt developers. On the fuel price hike, Yam said it affected the supply chain of the construction industry, involving more than 100 types of business. Master Builders Association of Malaysia president Matthew Tee said members were complaining that their legal workers whose documents were being processed were staying away for fear of being arrested. “Our understanding is that all foreign workers will be detained unless they can prove that they have proper documentation,” he said. “This can be difficult as their documents may still be with their employer or immigration pending the affixing visa of stickers by the authorities.” He added that there had been cases in the past of legal workers being detained for up to 14 days. Tee hoped that there would be no recurrence of such instances, and warned against a repeat of the situation in 2002 when the construction industry was brought to a standstill due to a shortage of workers. In George Town, the Penang Master Builders and Building Materials Dealers Association says it expected construction costs to rise by 3% to 5%. Association president Datuk Lim Kai Seng said the cost of transportation was likely to rise 10% to 20%, and the prices of sand and cement by between 5% and 10%. He said that cement now cost RM17.50 per 50kg while sand sold for RM70 per cubic metre.

Apartment rajawali , seksyen 9 bangi utk DI JUAL


Apartment rajawali , seksyen 9 bangi utk DI JUAL Email: irsyadsidi@gmail.com Phone number: 0192136502 Apartments, For sale Subject: Apartment rajawali , seksyen 9 bangi Bathroom: 2 Facilities: Mini market | Covered parking | Playground | Jogging track | 24 hour security | Balcony/Patio | Cable TV Other info: Bumi Lot Price: 268000 RM Property Type: Condo / Services residence / Penthouse / Townhouse Address: block A , tkt 6 Bedrooms: 3 Size: 919 sq.ft. Area: Bangi Tenure: 94 Title type: Leasehold None: 2 Postcode: 47830 Text: MASJID al-hasanah / PKNS BANGI 24 hours security Brand new Covered car park Near Amenities Near Komuter Near market Near school Near shopping mall Quiet location Urgent sales Community features Playground/Park Public Transportation Details: ~ Next to Al-Amin Islamic School ~ 10 minutes to UKM - NEARBY ke PUTRAJAYA / UPM / CYBERJAYA ~ nearby KTM station ~ Lift ~ Gated & Guarded ~ 24 Hours Security Amenities: ~ Mini Market ~ Surau ~ etc. Near to: ~ University Kebangsaan Malaysia ~ KTM Komuter ~ 5 min drive to German-Malaysian Institute ~ Near Twintech College ~ 3km to Hentian Kajang ~ 3km to LEKAS/PLUS Highway ~ 5km to Bandar Kajang ~ 15km to Putrajaya ~ 20km to Cyberjaya ~ 10min to Econsave ~ 15min to Al Zaharah/Al Nur Medical Central Price: RM 268 000 http://madu3harta.blogspot.com/

Monday, September 2, 2013

Rumah awam padang tembak , teluk intan untuk DI JUAL percuma SNP LAWYER


E-mail: irsyadsidi@gmail.com Phone number: 0192136502 (Whats App User) Category: Houses (For sale) Region: Perak Area: Teluk Intan Address: Lorong Kiri, Rumah Awam 2, jalan Padang Tembak Postcode: 36000 Heading: Rumah awam padang tembak , teluk intan Bedrooms: 2 Size: 1200 sq.ft. Property Type: Single storey Bathroom: 2 Title type: Freehold Other info: Non Bumi Lot Other Terms & Conditions: ( enam puluh lima ribu sahaja dgn percuma snp lawyer ) Ad text: Facilities 1) Business Centre 2) Cafeteria 3) Covered Parking 2) Cafeteria 3) Covered Parking 4) Jogging Track 5) Mini Market 6) Nursery 2) Cafeteria 3) Covered Parking 4) Jogging Track 5) Mini Market 6) Nursery 7) Playground 8)badminton Court 9) masjid / sekolah / pasaraya Kemudahan 1) Centre 2) Perniagaan Cafeteria 3) Dilindungi Parking 2) Kafeteria 3) Dilindungi Parking 4) Jogging Track 5) Mini Market 6) Nursery 2) Kafeteria 3) Parking Dilindungi 4) Jogging Track 5) Mini Market 6) Nursery 7) Taman Permainan Kanak-8) badminton Mahkamah 9) masjid / sekolah / Pasaraya
Price: RM 65 000