Thursday, April 17, 2014

kenaikan harga rumah yang sudah tidak masuk AKAL


Bismillah. SAW | Kerajaan pentadbir negara sekarang yang diketuai oleh Dato Seri Najib Razak perlu melakukan TINDAKAN DRASTIK ke atas sistem hartanah negara terutama hartanah kediaman. Dengan kenaikan harga rumah yang sudah tidak masuk AKAL sejak 10 tahun ini, sudah membuatkan individu yang makan gaji sama ada di sektor kerajaan dan swasta akan merempat kerana ketidak mampuan memiliki rumah, terutama rumah di atas tanah. Dengan pendapatan gaji yang sekitar RM 2,000 - 3,000 sebulan untuk graduan bekerja, tidak mampu mereka untuk membeli rumah teres yang dijangka berharga sekurang-kurangnya RM 880,00 pada tahun 2020 nanti, iaitu sekitar 6 tahun dari sekarang. Sistem sedia ada, menambahkan lagi tekanan stres hidup orang yang makan gaji, dan majoriti yang makan gaji adalah dari kalangan Melayu Islam. Jika dahulu tempoh pembiyaan perumahan hanya 20 tahun maksimum, banyak yang mengambil 15 tahun, sekarang, majoriti ambil 35 tahun, iaitu mereka membeli rumah sekitar umur 28 tahun, tambah 35 tahun, umur 63 tahun baru bebanan hutang rumah selesai, itupun sekiranya mereka masih hidup. Selepas ini rakyat perlu ambil tempoh hutang sehingga 60 tahun, iaitu selepas masuk kubur juga masih perlu bayar ansuran, kerana harga rumah yang naik secara tidak terkawal sedangkan gaji naik lebih rendah dari inflasi sebenar di pasaran. Ada kelemahan dalam sistem pentabdiran terutama dalam hal ekonomi rakyat Malaysia, hal ini perlu diperbaiki dengan segera, sebelum tekanan itu sudah ditahap tidak boleh ditanggung. Wallahu A'lam. Shamsuddin Kadir https://www.facebook.com/pages/Malaysia-Shamsuddin-Kadir/169730276439225

No comments:

Post a Comment