Perlukah saya menukar status tanah pertanian kepada bangunan jika ingin membina rumah?
Tunai
Tidak perlu.
Pinjaman Bank
Perlu. Bank hanya menerima tanah berstatus bangunan sebagai cagaran.
Pinjaman Kerajaan
Tidak perlu. Walaubagaimanapun, jika tanah dibeli dari pihak ketiga, adalah lebih baik membeli tanah berstatus bangunan kerana nilai pinjaman bergantung kepada nilai penilaian. Penilaian harga tanah bangunan lebih tinggi daripada tanah pertanian.
Nota:
Selalunya ramai tidak ingin menukar status tanah kerana hanya perlu membayar cukai tanah yg rendah bagi tanah pertanian tetapi harus diingat jika berlaku pengambilan tanah oleh kerajaan contohnya, kerajaan hanya membayar harga tanah ikut status. Dalam kebanyakan kes adalah lebih berbaloi menukar status tanah pertanian kepada bangunan.
No comments:
Post a Comment