Thursday, October 10, 2013

RUMAH dan TANAH ( ANTARA KEHENDAK & KEPERLUAN )


ANTARA KEHENDAK & KEPERLUAN Ramai yang mengeluh pada hari ini tentang harga rumah yang melambung tinggi di sesetengah lokasi,dengan mengeluh dan komplen,itu tidak akan menurunkan harga rumah. Kehendak pembeli rumah adalah untuk memiliki rumah kediaman yang terletak di lokasi yang strategik,tanah dan rumah yang luas dan harga yang murah sedangkan itu adalah agak mustahil. Keperluan pembeli rumah pula adalah asalkan mampu memiliki rumah kediaman di tempat yang bersesuaian dengan saiz yang sesuai untuk keluarga dengan kelayakan serta kemampuan kewangan serta paling tidak mempunyai tempat berteduh untuk seisi keluarga Sebagai pembeli rumah,kita haruslah memandang kehadapan,prospek pembangunan pada masa hadapan,jika kita sentiasa komplen,itu tidak akan membantu kita untuk memiliki rumah kediaman di tempat yang kita inginkan pada harga yang kita kehendaki. Lihat dengan skop yang lebih meluas,jika kita mempunyai kemampuan kewangan yang terhad,maka hendaklah kita sesuaikan kehendak kita mengikut keperluan dan kemampuan kita.Pilih lokasi yang kita mampu,pastinya pada masa hadapan harga rumah tersebut akan semakin meningkat dan kawasan sekitar akan bertambah maju. Jangan habiskan masa bertahun-tahun mencari rumah pada harga yang murah sedangkan hakikatnya kita tahu itu mustahil,pada masa yang sama,lokasi yang pada asalnya harga rumah di dalam kemampuan kita harganya semakin meningkat dan pada akhirnya kita sendiri pula tidak mampu. Manfaatkan usia yang muda dan kelebihan tempoh pinjaman yang panjang untuk memiliki rumah pada kadar kemampuan kita. Bak kata pepatah Melayu "Ukur Baju Di Badan Sendiri",Jangan terikut-ikut dengan trend semasa Fikir-fikirkan .......................................................................................... Harga rumah semakin mahal?Dijangkakan 60% golongan muda tidak akan mampu memiliki rumah terutama di Lembah Kelang,Pulau Pinang Dan Johor pada masa hadapan.Selain harga tanah yang semakin mahal melebihi harga pasaran yang diletakkan penjual,faktor birokrasi / redtape dalam mendapatkan kelulusan dan membina projek perumahan antara faktor utama yang boleh dipersalahkan.Jika satu masa nanti anak cucu kita tidak mampu memiliki rumah,siapa yang harus dipersalahkan?kerajaan mesti berbuat sesuatu...

No comments:

Post a Comment