Sunday, September 8, 2013

Harga Rumah Naik 10% (RM15,000). Kos Bahan Binaan Melonjak Selepas Minyak Naik 20 Sen!


Harga Rumah Naik 10% (RM15,000). Kos Bahan Binaan Melonjak Selepas Minyak Naik 20 Sen! Harga Rumah naik
Harga rumah naik 10 peratus : Kenaikan harga minyak tidak boleh dibuat main. Sifat rantaiannya cukup pantas bertindak balas. Dengan hanya pengumuman minyak 20 sen sahaja. Tindak balasnya cukup hebat. Samada rakyat Malaysia terutamanya golongan berpendapatan rendah dan serdahana, satu demi satu kenaikan harga barang dan terbaru harga rumah diumumkan naik 10%…. Faktor Harga Rumah Naik 10%? Peningkatan harga minyak 20 sen Kos bahan binaan meningkat Kekurangan jumlah tenaga kerja asing Kontraktor & pemaju tidak mahu mengurangkan margin keutnungan mereka antara 70% – 100% yang mana akhirnya diletakkan beban kepada anda, anda semua di sini yang merupakan bakal pelanggan mereka Kenaikan Harga Rumah Sumber : The Star Hakikatnya, pengumuman harga minyak naik sehingga 20 sen telah menyebabkan rangkaian bekalan melibatkan lebih 100 jenis perniagaan terjejas. Pemaju akan menaikkan sekurang-kurangnya harga rumah sebanyak 10%. Harga minyak naik 20 sen Harga rumah naik sekitar RM15,000 dan ke atas Bermakna di sini nilai kenaikannya berkemungkinan boleh lebih daripada angka tersebut. Tiada yang mustahil. Apabila sudah naik harga barang dan harga rumah, adakah rakyat Malaysia berpeluang melihat nilainya jatuh? Sangat mustahil….. Bermakna, jikalau harga rumah sekitar RM150,000 sebuah melibatkan teres setingkat contoh di beberapa bandar terpilih pada asalnya, bakal menjadikan harga rumah kepada RM165,000. Nampak impaknya? Bagaimana pula harga rumah di bandar-bandar besar? Jikalau harga rumah RM300,000, ia bakal menjadi RM330,000. RM30,000 adalah berdasarkan nilai kenaikan harga rumah 10% yang diumumkan. Itu belum termausk lagi harga rumah melibatkan nilai RM400,000, RM500,000, RM700,000. Berapa pula kenaikannya? Ini semua adalah impak NILAI sebenarnya dek kerana pengumuman harga minyak 20 sen baru-baru ini Bagi Berita Semasa, ini merupakan antara berita paling sedih dan ememritkan kepada kalangan rakyat Malaysia yang terus berkira-kira untuk memiliki rumah idaman sendiri. - berita semasa

No comments:

Post a Comment