Parenting Tips 24:
Malas ini satu penyakit besar dalam diri manusia. Ubat malas ini ialah berubah (islah) ataupun mati. Orang malas selalu rugi, itu kata orang tua. Bagaimana mereka boleh rugi dengan kemalasan itu? Malas dan bodoh juga adalah adik beradik kembar. Kemalasan biasanya berpakej dengan kebodohan. Ini kerana malas itu membuatkan seseorang individu itu malas menimba ilmu. Natijahnya ialah mereka akan keciciran dalam mencari ilmu. Secara automatik, mereka tidak berilmu. Dalam bahasa lainnya, BODOH.
Penyakit ini sering menimbulkan masalah dalam sesebuah keluarga. Contohnya, di dalam keluarga itu bapa yang yang mempunyai penyakit ini, pasti keluarga itu mempunyai masalah seperti pembelanjaan untuk menyara hidup keluarga, tak mampu membayar hutang kereta, motorsikal, bank dan sebagainya. Keluarga akan menjadi kucar-kacir. Dari sudut pandang seorang ibu pula, sekiranya ibu itu malas, pasti penjagaan anak-anak akan tidak akan menentu, rumah menjadi seperti tempat pengumpulan sampah, makan minum tidak terjaga dan sebagainya.
Apa yang mahu kami sampaikan ialah dari konteks anak-anak sebenarnya. Apa perasaan bapa jika anak-anak mereka malas. Contohnya anak itu menjawab 'malaslah bapak', apabila disuruh mencuci kereta oleh bapa? Pastinya bapa akan marah, betul tak? Apa yang harus anda lakukan jika anak anda menjawab begitu? Tegurlah anak itu ON THE SPOT. Apabila tidak ditegur, penyakit malas itu akan merebak di dalam diri anak-anak. Lalu mereka membesar dengan kemalasan itu. Sepatutnya anak itu menjawab “Baiklah bapa, terima kasih kerana memberi tugasan ini”.
Biasakanlah anak-anak dengan kerja. Jika dah besar baru ibu bapa nak minta tolong itu dan ini, itu sudah terlambat. Mulakannya dari kecil lagi dan jadikan pertolongan anak-anak itu sebagai satu kerjasama membunuh kemalasan dalam diri mereka. Automatik, otak mereka juga berfungsi.
Ada ibubapa yang mengeluh kerana anak ramai lalu terpaksa pula guna khidmat orang gaji. Sebenarnya, kita perlu jadikan anak pertama itu rajin dan membantu. Sekiranya anak pertama sudah pandai membantu, kelak anak kedua pun akan dijaga oleh yang sulong. Begitulah juga anak-anak yang seterusnya.
Bayangkan jika kaki tidur yang tidur 16 jam sehari dan hanya berjaga sekadar 8 jam sahaja, mana mungkin mereka mampu menandingi mereka yang hanya tidur 4 jam sehari sahaja. Jumlah masa mata terbuka itulah jumlah masa belajar dan tak mungkin mereka yang celik 8 jam sehari lebih baik dari yang celik hanya 20 jam sehari. Maka, satu lagi pakej baru akan tiba iaitu KEGEMUKAN.
Aktifkanlah diri kita kearah mencari ilmu. Dengan cara itu, kita mampu dapat pakej yang lebih menarik iaitu RAJIN + PANDAI + SIHAT. Pasti anda rasa banggakan?
Malangnya kebanyakan suka membiarkan anak menjawab sebegitu kerana mereka fikirkan itu ialah satu perkara kecil sahaja. Itulah yang menyebabkan keluarga itu bermasalah. Jika ibubapa tidak mencantas masalah ini dari awal, anak itu akan membawa sikap ini sampai ke besar. Akhirnya Ibu bapa pula yang mengambil tugas anak seperti menyusun selipar, membasuh pinggan, mengemas tempat tidur anak dan sebagainya. Perkara ini sering terjadi dan ini sungguh tidak fitrah di sisi Allah, tetapi menjadi lumrah dalam keluarga dewasa ini.
Fitrah anak yang malas biasanya secara automatik akan juga bersikap tamak dan kedekut. Ini antara sebab berlaku anak pukul bapa, anak langgar ibubapa, saman ibubapa bila kehendaknya tidak dipenuhi.
Kesimpulannya, penyakit MALAS ini harus dicantas dari awal lagi. Jangan sekali kali bersungut jika anak MALAS, kerana mereka jadi malas disebabkan ibubapa yang mendidik mereka jadi begitu. Samada ibubapa sendiri malas, atau malas menegur dan mendidik anak untuk jadi rajin. Pokoknya tetap MALAS.
Cuba anda bayangkan bertapa indahnya kehidupan di dalam keluarga apabila penyakit ini tiada pada semua ahli keluarga kita. InsyaAllah, hidup aman sentosa, tolong menolong dengan penuh kasih sayang.
Ingat MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT.
Cetusan zamzam
ANAK PRIHATIN
+++++++++ p/s ++++++++++
KOMENTAR ADMIN
Ini Anak tingkatan 1. Alhamdulillah dapat 5A dalam UPSR beliau yang juga merupakan seorang individu yang baru keluar dari penyakit malas. Sebelum ini saiz badan beliau pun agak gempal berbanding sekarang disebabkan oleh pakej kerajinan yang beliau tukar dari pakej malas.
Dari pemerhatian kami bapa-bapa sendiri melihat bahawa banyak masalah anak pada zaman ini ialah terlalu dimanjakan. Kasut dan baju pun masih ibu sendiri basuhkan. Sampai anak dara dah berumahtangga pun masih ada masalah tak pandai nak seterika baju sendiri. Ada kes kami berhempas pulas membetulkan anak yatim yang telah terlalu dimanjakan keluarga asalnya sejak sebelum menjadi yatim lagi. Kakaknya yang tingkatan 6 atas pun masih tidak pandai memasak dan membasuh, walaupun seluar dalam sendiri. semuanya kerana Dah biasa sangat dimanjakan oleh ibu bapa. Anak jadi manja dan menjadi kurang kreatif.
Perhatikan sekeliling anda jika perasan, ramai tokoh-tokoh hebat yang berjaya kerana idea yang menakjubkan datang dari kehidupan awal yang mencabar. Kerajinan itu datang dengan pakej untuk juga menjadikan anak itu pandai. Apapun, Bukan semua kerajinan itu positif. Bila kerajinan yang positif gagal ditanamkan, maka anak akan mencipta kerajinan yang negetif , iaitu “rajin buat masalah”, sebab malas berusaha. Yang kita mahukan kerajinan yang positif, iaitu ke arah ilmu dan iman. Dan itulah yang akan menjadikan mereka ini manusia yang berguna dan mewujudkan suasana syurga dalam rumahtangga ibu bapa mereka juga rumahtangga yang bakal mereka bina nanti.
Di Prihatin, kami tidak kaya harta tetapi kami berhabis untuk menyediakan sarana ilmu 24 jam sehari. Halwa telinga, tontonan, nyanyian, bacaan dan macam-macam lagi telah kami siapkan agar anak-anak kami rajin menimbanya.
Jahil adalah satu perkara biasa bagi manusia. Tapi Bodoh adalah satu GEJALA yang jauh lebih teruk dari jahil. Orang yang Jahil tapi malas menimba ilmu sehingga sanggup mati seperti itik mati kehausan di kolam, itu dipanggil BODOH. Orang bermasalah yang tidak mahu menggunakan kaedah penyelesaian yang diberikan kerana malas berusaha juga BODOH. Lapar yang sangat tapi tidak mahu makan sajian yang diberikan juga BODOH. Orang sakit nak mati tapi tak mau makan ubat juga BODOH. Inilah golongan orang yang ZALIM.
Surah 33. Al Ahzab 72. “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil (BODOH)”,
Itulah fitrah manusia yang Allah jadikan sejak azali. Kita menzalimi diri sekian lama kerana menjadi khalifah Allah mengemudi keluarga dengan KEJAHILAN sedangkan ilmu telah Allah hidangkan dalam kitab dan sunnah nabiNya. Akhirnya kita ramai ramai MENZALIMI ahli keluarga. Namun Allah juga beri kita ilmu dan suruh kita berusaha membetulkannya mengikut aturcara yang telah Allah hidayahkan.
NAMPAK JELASKAN KAITAN ANTARA MALAS + JAHIL + BODOH + MATI + ZALIM?
Kami semua dahulu pun kaum yang jahil dan zalim juga kerana sangat malas untuk membaca surat cinta Allah itu walaupun se ayat sehati. Syukur kini telah pelan pelan berubah.
Alhamdulillahi Robbil alaamiin.
No comments:
Post a Comment