Thursday, October 10, 2013

kelayakan pinjaman perumahan oleh pinjaman kerajaan


INFO: Kami menerima banyak pertanyaan dari kakitangan awam berkenaan
.Disini kami sertakan screen shot yang diambil dari laman web Bahagian Pinjaman Perumahan,Kementerian Kewangan Malaysia untuk rujukan penjawat awam sekalian.Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat.

RUMAH dan TANAH ( ANTARA KEHENDAK & KEPERLUAN )


ANTARA KEHENDAK & KEPERLUAN Ramai yang mengeluh pada hari ini tentang harga rumah yang melambung tinggi di sesetengah lokasi,dengan mengeluh dan komplen,itu tidak akan menurunkan harga rumah. Kehendak pembeli rumah adalah untuk memiliki rumah kediaman yang terletak di lokasi yang strategik,tanah dan rumah yang luas dan harga yang murah sedangkan itu adalah agak mustahil. Keperluan pembeli rumah pula adalah asalkan mampu memiliki rumah kediaman di tempat yang bersesuaian dengan saiz yang sesuai untuk keluarga dengan kelayakan serta kemampuan kewangan serta paling tidak mempunyai tempat berteduh untuk seisi keluarga Sebagai pembeli rumah,kita haruslah memandang kehadapan,prospek pembangunan pada masa hadapan,jika kita sentiasa komplen,itu tidak akan membantu kita untuk memiliki rumah kediaman di tempat yang kita inginkan pada harga yang kita kehendaki. Lihat dengan skop yang lebih meluas,jika kita mempunyai kemampuan kewangan yang terhad,maka hendaklah kita sesuaikan kehendak kita mengikut keperluan dan kemampuan kita.Pilih lokasi yang kita mampu,pastinya pada masa hadapan harga rumah tersebut akan semakin meningkat dan kawasan sekitar akan bertambah maju. Jangan habiskan masa bertahun-tahun mencari rumah pada harga yang murah sedangkan hakikatnya kita tahu itu mustahil,pada masa yang sama,lokasi yang pada asalnya harga rumah di dalam kemampuan kita harganya semakin meningkat dan pada akhirnya kita sendiri pula tidak mampu. Manfaatkan usia yang muda dan kelebihan tempoh pinjaman yang panjang untuk memiliki rumah pada kadar kemampuan kita. Bak kata pepatah Melayu "Ukur Baju Di Badan Sendiri",Jangan terikut-ikut dengan trend semasa Fikir-fikirkan .......................................................................................... Harga rumah semakin mahal?Dijangkakan 60% golongan muda tidak akan mampu memiliki rumah terutama di Lembah Kelang,Pulau Pinang Dan Johor pada masa hadapan.Selain harga tanah yang semakin mahal melebihi harga pasaran yang diletakkan penjual,faktor birokrasi / redtape dalam mendapatkan kelulusan dan membina projek perumahan antara faktor utama yang boleh dipersalahkan.Jika satu masa nanti anak cucu kita tidak mampu memiliki rumah,siapa yang harus dipersalahkan?kerajaan mesti berbuat sesuatu...

'Holding Cost'


INFO: Antara faktor harga rumah meningkat adalah proses yang lama bagi mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang untuk tanah sebelum proses ubah syarat dan pecah sempadan.Tempoh proses di Negeri Kelantan adalah antara 8 bulan-24 bulan bergantung kepada Pihak Berkuasa Tempatan.
yang ditanggung pemaju selama tempoh kelulusan terpaksa diletakkan diatas pembeli,kami percaya harga rumah akan dapat dikurangkan jika proses kelulusan dipercepatkan dan birokrasi dapat dikurangkan dengan kerjasama agensi kerajaan yang terlibat.

Joint Venture / Usahasama Pembangunan


Antara kaedah yang banyak dilaksanakan bagi membangunkan dan melaksanakan sesuatu projek perumahan adalah melalui Joint Venture diantara pemaju dan tuan tanah. Timbal balasnya adalah pemaju tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk membeli tanah dan tuan tanah akan dapat memaksimakan pulangan dan nilai tanahnya.Pulangan kebiasaannya adalah "in kind" berupa peratus dari unit rumah yang dibina. Adalah penting untuk berhati-hati jika memilih pemaju dan sebolehnya sedaya-upaya bagi tuan tanah untuk memahami perjanjian usahasama untuk tidak tersilap langkah. Jika anda mempunyai tanah yang berpotensi terutamanya di sekitar Kota Bharu,dan berhasrat ingin membina rumah secara usahasama,kami sedia membantu.Seolahnya-olahnya anda akan memiliki rumah secara percuma disamping nilai yang berganda berbanding penjualan tanah semata-mata. Jika anda mempunyai tanah melebihi 1 ekar,dan ingin mengubahsyarat dan memecah sempadan tapi tiada modal,kami juga sedia membantu secara usahasama,kami juga sedia mempertimbangkan jika anda memerlukan wang pendahuluan. Tel/sms/whats app 019 2136502 https://www.facebook.com/pages/Rumah2ucom/529783283700846

Thursday, September 26, 2013

MALAS MENYALAKAN NERAKA DALAM DIRI.......( berubah lah sebelum terlambat )


Parenting Tips 24:
Malas ini satu penyakit besar dalam diri manusia. Ubat malas ini ialah berubah (islah) ataupun mati. Orang malas selalu rugi, itu kata orang tua. Bagaimana mereka boleh rugi dengan kemalasan itu? Malas dan bodoh juga adalah adik beradik kembar. Kemalasan biasanya berpakej dengan kebodohan. Ini kerana malas itu membuatkan seseorang individu itu malas menimba ilmu. Natijahnya ialah mereka akan keciciran dalam mencari ilmu. Secara automatik, mereka tidak berilmu. Dalam bahasa lainnya, BODOH. Penyakit ini sering menimbulkan masalah dalam sesebuah keluarga. Contohnya, di dalam keluarga itu bapa yang yang mempunyai penyakit ini, pasti keluarga itu mempunyai masalah seperti pembelanjaan untuk menyara hidup keluarga, tak mampu membayar hutang kereta, motorsikal, bank dan sebagainya. Keluarga akan menjadi kucar-kacir. Dari sudut pandang seorang ibu pula, sekiranya ibu itu malas, pasti penjagaan anak-anak akan tidak akan menentu, rumah menjadi seperti tempat pengumpulan sampah, makan minum tidak terjaga dan sebagainya. Apa yang mahu kami sampaikan ialah dari konteks anak-anak sebenarnya. Apa perasaan bapa jika anak-anak mereka malas. Contohnya anak itu menjawab 'malaslah bapak', apabila disuruh mencuci kereta oleh bapa? Pastinya bapa akan marah, betul tak? Apa yang harus anda lakukan jika anak anda menjawab begitu? Tegurlah anak itu ON THE SPOT. Apabila tidak ditegur, penyakit malas itu akan merebak di dalam diri anak-anak. Lalu mereka membesar dengan kemalasan itu. Sepatutnya anak itu menjawab “Baiklah bapa, terima kasih kerana memberi tugasan ini”. Biasakanlah anak-anak dengan kerja. Jika dah besar baru ibu bapa nak minta tolong itu dan ini, itu sudah terlambat. Mulakannya dari kecil lagi dan jadikan pertolongan anak-anak itu sebagai satu kerjasama membunuh kemalasan dalam diri mereka. Automatik, otak mereka juga berfungsi. Ada ibubapa yang mengeluh kerana anak ramai lalu terpaksa pula guna khidmat orang gaji. Sebenarnya, kita perlu jadikan anak pertama itu rajin dan membantu. Sekiranya anak pertama sudah pandai membantu, kelak anak kedua pun akan dijaga oleh yang sulong. Begitulah juga anak-anak yang seterusnya. Bayangkan jika kaki tidur yang tidur 16 jam sehari dan hanya berjaga sekadar 8 jam sahaja, mana mungkin mereka mampu menandingi mereka yang hanya tidur 4 jam sehari sahaja. Jumlah masa mata terbuka itulah jumlah masa belajar dan tak mungkin mereka yang celik 8 jam sehari lebih baik dari yang celik hanya 20 jam sehari. Maka, satu lagi pakej baru akan tiba iaitu KEGEMUKAN. Aktifkanlah diri kita kearah mencari ilmu. Dengan cara itu, kita mampu dapat pakej yang lebih menarik iaitu RAJIN + PANDAI + SIHAT. Pasti anda rasa banggakan? Malangnya kebanyakan suka membiarkan anak menjawab sebegitu kerana mereka fikirkan itu ialah satu perkara kecil sahaja. Itulah yang menyebabkan keluarga itu bermasalah. Jika ibubapa tidak mencantas masalah ini dari awal, anak itu akan membawa sikap ini sampai ke besar. Akhirnya Ibu bapa pula yang mengambil tugas anak seperti menyusun selipar, membasuh pinggan, mengemas tempat tidur anak dan sebagainya. Perkara ini sering terjadi dan ini sungguh tidak fitrah di sisi Allah, tetapi menjadi lumrah dalam keluarga dewasa ini. Fitrah anak yang malas biasanya secara automatik akan juga bersikap tamak dan kedekut. Ini antara sebab berlaku anak pukul bapa, anak langgar ibubapa, saman ibubapa bila kehendaknya tidak dipenuhi. Kesimpulannya, penyakit MALAS ini harus dicantas dari awal lagi. Jangan sekali kali bersungut jika anak MALAS, kerana mereka jadi malas disebabkan ibubapa yang mendidik mereka jadi begitu. Samada ibubapa sendiri malas, atau malas menegur dan mendidik anak untuk jadi rajin. Pokoknya tetap MALAS. Cuba anda bayangkan bertapa indahnya kehidupan di dalam keluarga apabila penyakit ini tiada pada semua ahli keluarga kita. InsyaAllah, hidup aman sentosa, tolong menolong dengan penuh kasih sayang. Ingat MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT. Cetusan zamzam ANAK PRIHATIN +++++++++ p/s ++++++++++ KOMENTAR ADMIN Ini Anak tingkatan 1. Alhamdulillah dapat 5A dalam UPSR beliau yang juga merupakan seorang individu yang baru keluar dari penyakit malas. Sebelum ini saiz badan beliau pun agak gempal berbanding sekarang disebabkan oleh pakej kerajinan yang beliau tukar dari pakej malas. Dari pemerhatian kami bapa-bapa sendiri melihat bahawa banyak masalah anak pada zaman ini ialah terlalu dimanjakan. Kasut dan baju pun masih ibu sendiri basuhkan. Sampai anak dara dah berumahtangga pun masih ada masalah tak pandai nak seterika baju sendiri. Ada kes kami berhempas pulas membetulkan anak yatim yang telah terlalu dimanjakan keluarga asalnya sejak sebelum menjadi yatim lagi. Kakaknya yang tingkatan 6 atas pun masih tidak pandai memasak dan membasuh, walaupun seluar dalam sendiri. semuanya kerana Dah biasa sangat dimanjakan oleh ibu bapa. Anak jadi manja dan menjadi kurang kreatif. Perhatikan sekeliling anda jika perasan, ramai tokoh-tokoh hebat yang berjaya kerana idea yang menakjubkan datang dari kehidupan awal yang mencabar. Kerajinan itu datang dengan pakej untuk juga menjadikan anak itu pandai. Apapun, Bukan semua kerajinan itu positif. Bila kerajinan yang positif gagal ditanamkan, maka anak akan mencipta kerajinan yang negetif , iaitu “rajin buat masalah”, sebab malas berusaha. Yang kita mahukan kerajinan yang positif, iaitu ke arah ilmu dan iman. Dan itulah yang akan menjadikan mereka ini manusia yang berguna dan mewujudkan suasana syurga dalam rumahtangga ibu bapa mereka juga rumahtangga yang bakal mereka bina nanti. Di Prihatin, kami tidak kaya harta tetapi kami berhabis untuk menyediakan sarana ilmu 24 jam sehari. Halwa telinga, tontonan, nyanyian, bacaan dan macam-macam lagi telah kami siapkan agar anak-anak kami rajin menimbanya. Jahil adalah satu perkara biasa bagi manusia. Tapi Bodoh adalah satu GEJALA yang jauh lebih teruk dari jahil. Orang yang Jahil tapi malas menimba ilmu sehingga sanggup mati seperti itik mati kehausan di kolam, itu dipanggil BODOH. Orang bermasalah yang tidak mahu menggunakan kaedah penyelesaian yang diberikan kerana malas berusaha juga BODOH. Lapar yang sangat tapi tidak mahu makan sajian yang diberikan juga BODOH. Orang sakit nak mati tapi tak mau makan ubat juga BODOH. Inilah golongan orang yang ZALIM. Surah 33. Al Ahzab 72. “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil (BODOH)”, Itulah fitrah manusia yang Allah jadikan sejak azali. Kita menzalimi diri sekian lama kerana menjadi khalifah Allah mengemudi keluarga dengan KEJAHILAN sedangkan ilmu telah Allah hidangkan dalam kitab dan sunnah nabiNya. Akhirnya kita ramai ramai MENZALIMI ahli keluarga. Namun Allah juga beri kita ilmu dan suruh kita berusaha membetulkannya mengikut aturcara yang telah Allah hidayahkan. NAMPAK JELASKAN KAITAN ANTARA MALAS + JAHIL + BODOH + MATI + ZALIM? Kami semua dahulu pun kaum yang jahil dan zalim juga kerana sangat malas untuk membaca surat cinta Allah itu walaupun se ayat sehati. Syukur kini telah pelan pelan berubah. Alhamdulillahi Robbil alaamiin.

TANAH DI JAYA SETIA B.BERJUNTAI UNTUK DI JUAL


(4 photos) Store: irsyad sidi E-mail: irsyadsidi@gmail.com Phone number : 019 213 6502 / 019 207 4779 Category: Land (For sale) Region: Selangor Area: Batang Berjuntai Address: batang berjuntai Postcode: 47830 Heading: Tanah jaya setia , batang berjuntai Size: 4 Acres Property Type: Agricultural Title type: Freehold Other info: Bumi Lot Ad text: tanah ini boleh di tukar kepada tanah pembangunan , boleh buat rumah 74 buah rumah semi d dan tanah seluas 2275 seunit ( anggaran kasar ) * bagus untuk pelaburan dan kawasan sedang pesat pembangunan dan pembesaran jalan raya , dekat highway LATAR dan KL / SELANGOR / PERAK / PENANG seluas 160000 kaki persegi di Kampung Jaya Setia , Ijok , Kuala Selangor Kawasan tanah tu lebih kurang dalam 3 kilometer dari pekan Bistari Jaya (Batang Berjuntai) dan lebih kurang 15 kilometer dari UNISEL Kuala Selangor * sekarang ini ada tanaman sawit harga boleh dirunding . : RM 1.6 JUTA

Wednesday, September 11, 2013

PANDUAN PINJAMAN > PENYELESAIAN PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN


A. Tamat Tempoh Ansuran Bayaran Balik Potongan Gaji /Pencen bagi ansuran bayaran balik pinjaman dilakukan mengikut Arahan Potongan Gaji / Arahan Potongan Pencen dan tiada tunggakan. B. Bayaran Sekaligus Tujuan: Menjual harta kepada pihak yang mendapatkan pembiayaan bank / institusi kewangan lain. Menjual harta kepada pihak yang mendapatkan pembiayaan perumahan Perbendaharaan (Kontra). Meyelesaikan pinjaman dengan sumber kewangan sendiri. A PENYELESAIAN TAMAT TEMPOH PINJAMAN Bil Aktiviti Urusan Dokumen Tempoh 1 Penyemakan lejer akaun pinjaman bagi pemberhentian potongan (3 bulan sebelum potongan berakhir) Pengesahan penyelesaian pinjaman (2 bulan selepas potongan terakhir) Seksyen Akaun Surat Arahan Pemerhentian Potongan Gaji / Pencen 3 minggu = 15 hari bekerja 2 Penyediaan dokumen urusan pelepasan hakmilik Seksyen Cagaran (Unit Geran) Dokumen hakmilik, Borang 16N, Suratan hakmilik, Dokumen Reassignment & Release 2 minggu 2 Permohonan untuk dapatkan dokumen hakmilik dari Ketua Pengarah Tanah & Galian (KPTG) (bagi kes hakmilik disimpan di KPTG dan kesemua kes Sabah & Serawak) Seksyen Cagaran (Unit Geran) Surat permohonan kepada KPTG 2 minggu Penerimaan dokumen surat hakmilik dari KPTG Dokumen hakmilik Borang gadaian beserta Borang 16N 1 – 3 Bulan Penyerahan hakmilik kepada peminjam / peguam Dokumen hakmilik 2 minggu B PENYELESAIAN SECARA SELESAI HUTANG Bil Aktiviti Urusan Dokumen Tempoh 1 Memohon Penyata Baki Hutang Seksyen Akaun (Unit PP) Penyata Baki Hutang/Penyata Baki Hutang dan Akujanji Melepaskan Gadaian/Perjanjian Pinjaman dan Penyerahan Hak Semula 3 minggu = 15 hari bekerja 2 Memohon kelulusan menjual harta Seksyen Cagaran (Unit Geran) Surat kelulusan jual harta 2 minggu 3 Bayaran selesai hutang:- a) Melalui Deraf Bank/Kiriman Wang/Kiriman Pos/Cek - Bayar kepada: BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN atau; b) Bayaran Online melalui www.malaysia.gov.my Pengesahan selesai hutang Seksyen Akaun (Unit TB) Seksyen Akaun (Unit SP) Resit Surat Arahan Pemerhentian Potongan Gaji/Pencen, Surat Pengesahan Selesai Hutang 3 minggu = 15 hari bekerja 4 Penyediaan dokumen urusan pelepasan hakmilik Seksyen Cagaran (Unit Geran) Dokumen Hakmilik, Borang 16N, Suratan hakmilik, Dokumen Reassignment 2 minggu 5 Permohonan untuk dapatkan dokumen hakmilik dari KPTG ( bagi kes hakmilik disimpan di KPTG dan kesemua kes Sabah dan Sarawak ) Seksyen Cagaran (Unit Geran) Surat permohonan kepada KPTG 2 minggu 6 Penerimaan dokumen hakmilik dari KPTG Seksyen Cagaran (Unit Geran) Dokumen hakmilik 2 minggu Penyerahan hakmilik kepada peminjam / peguam Seksyen Cagaran (Unit Geran) Dokumen hakmilik 2 minggu KAEDAH DAN FAEDAH PENYELESAIAN AWAL PINJAMAN Kaedah penyelesaian awal pinjaman Peminjam boleh memendekkan tempoh bayaran balik atau menyelesaikan baki pinjaman lebih awal melalui cara-cara berikut:- ( i ) bayaran selesai hutang atau sebahagian hutang; ( ii ) menambah amaun ansuran bulanan melalui potongan gaji/pencen; dan ( iii ) membayar sendiri samada melalui Wang Pos/Kiriman Pos di samping Potongan Gaji/Potongan Pencen Bulanan. Peminjam yang bercadang untuk memendekkan tempoh bayaran balik melalui kaedah (ii) di atas perlu mengemukakan surat yang menyatakan keupayaan maksima bagi membolehkan BPP mengeluarkan pindaan Arahan Potongan Gaji (APG) kepada majikan/ jabatan atau Arahan Potongan Pencen (APP) kepada JPA/JHEV. BPP tidak akan melayan sebarang perubahan bagi mengurangkan potongan yang telah dipinda kecuali sekiranya peminjam ingin menambah lagi potongan tersebut. Bagi bayaran sebahagian hutang yang sama atau melebihi ansuran enam (6) bulan, peminjam boleh memohon untuk mengurangkan amaun ansuran bulanan bagi baki pinjaman yang selebihnya. Bagi penyelesaian penuh (sekaligus), peminjam hendaklah terlebih dahulu memohon penyata baki hutang pinjaman untuk tujuan penyelesaian penuh secara rasmi melalui surat/fax/email daripada Seksyen Akaun (Unit Penyelengaraan Pinjaman).Surat permohonan hendaklah menyatakan perkara berikut : ( i ) Nama peminjam, ( ii ) No akaun/no fail, ( iii ) Cara penyelesaian (wang simpanan / pengeluaran caruman KWSP) ( iv ) Cawangan dan alamat KWSP (jika melibatkan pengeluaran caruman KWSP) Sekiranya penyelesaian penuh (sekaligus) melibatkan penjualan / mencagar semula harta kepada pihak ketiga, permohonan penjualan harta perlu dikemukakan dengan menyatakan perkara berikut: ( i ) Nama peminjam, ( ii ) No akaun / no fail, ( iii ) Nama dan alamat peguam, ( iv ) Nama dan alamat bank (sekiranya melibatkan penyelesaian oleh bank). Faedah Penyelesaian Awal Pinjaman/ Memendekkan Tempoh Bayaran Balik Faedah menjelaskan hutang dengan lebih awal atau membayar ansuran bulanan atas kadar melebihi APG/APP adalah seperti berikut:- i) Jumlah faedah keseluruhan yang perlu dibayar akan menjadi kurang berbanding dengan jumlah faedah asal dan ii) mendapat pulangan lebihan daripada syarikat insurans dalam bentuk "Cash Surrender Value" ke atas polisi insuran MRTA bagi tempoh perlindungan yang tidak digunakan. Sebarang pertanyaan sila hubungi : Helpdesk Seksyen Akaun - 03-88802066/2067 Helpdesk Unit PP (penyata baki hutang) - 03 8880 2481 (bayaran untuk sebahagian hutang) - 03 8880 2684 Helpdesk Unit SP (pengesahan selesai hutang) - 03 8880 2934 Helpdesk Unit PB (menambah amaun potongan gaji/pencen) - 03 8880 2655 Helpdesk Unit TB (Pengeluaran Resit - 03 8880 2397 Helpdesk Unit PPH (kebenaran penjualan harta) - 03 8880 2062 Tarikh Dikemaskini ( Isnin, 25 Februari 2013 08:54 ) http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php?option=com_content&view=article&id=52&Itemid=143&lang=ms